Total Pageviews

Tuesday, October 26, 2010

~TAJUK 1 : PENGERTIAN DAN KONSEP~

DEFINISI PENTAKSIRAN 
Satu proses mendapatkan maklumat dan seterusnya membuat penghakiman tentang produk sesuatu proses pendidikan.
Menurut Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka pula, pentaksiran ialah pendekatan untuk menilai prestasi pelajar berdasarkan pemerhatian secara langsung ke atas prestasi dan hasil kerja pelajar tanpa bergantung kepada ujian bertulis.

ASPEK-ASPEK UTAMA DALAM PENTAKSIRAN
Instrumen : Bahan atau alat yang digunakan untuk mengumpul data.
Kumpulan yang ditaksir 
Respon : Tindakbalas calon terhadap ujian yang dijalankan.
Kumpulan yang menaksir
Skor :Set Peraturan Memberi Markah (PMM)

TUJUAN PENTAKSIRAN 
Menilai aktiviti yang dijalankan semasa pengajaran dan pembelajaran berlangsung.
Mendapatkan maklumat secara berterusan tentang pengajaran dan pembelajaran.
Merancang dan melaksanakan aktiviti tindak susul yang berkesan.
Mendpatkan gambaran tentang prestasi seseorang dalam pembelajaran.

CIRI PENTAKSIRAN YANG BAIK
Mempunyai skor yang tinggi darjah kesahan
Mempunyai skor yang tinggi darjah kebolehpercayaan
Mempunyai keobjektifan
Mempunyai kebolehtadbiran yang licin dan baik
Kemudahtafsiran
Bersifat menyeluruh


KAEDAH PENTAKSIRAN
Pemerhatian (Sikap, amali, kemahiran bersosial, hasil kerja murid)
Lisan (Murid dengan murid, murid dengan guru, murid dengan bahan pembelajaran)
Penulisan (Hasil tugasan, soalan objektif / subjektif)


DEFINISI PENGUJIAN
Kaedah untuk mengenalpasti keberkesanan alat kajian seperti ujian dan soal selidik sebelum digunakan untuk mengumpul data sebenar.
Ianya dilaksanakan dalam 3 peringkat iaitu sebelum, semasa dan selepas sesuatu pengajaran.
Dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa, ujian ialah bahan yang bertulis atau tercetak atau terakam yang telah dibentuk oleh guru untuk menguji sesuatu kemahiran bahasa.

JENIS UJIAN
Ujian Formatif (Bahan atau alat ujian yang dibina untuk menguji sesuatu unit kemahiran atau subkemahiran bahasa yang telah diajar).
Ujian Sumatif (Bahan atau alat ujian yang dibina untuk menguji pencapaian murid dalam beberapa kemahiran bahasa yang telah diajar dalam jangka masa yang panjang).
JENIS PENGUJIAN
Pengujian Formal (Ditadbir secara rasmi dalam tempoh masa yang khas - UPSR, PMR, SPM).
Pengujian Tidak Formal (Sering berlaku di dalam bilik darjah dan dilakukan secara lisan atau spontan).
DEFINISI PENILAIAN
Satu proses untuk memperolehi maklumat kuantitatif. Ia adalah satu  proses bagi guru untuk menentukan perubahan tingkahlaku dan membuat pertimbangan menilai. Proses menilai dapat memberi maklumat tentang pencapaian objektif pelajaran, kaedah mengajar dan keberkesanan sesebuah kurikulum.

JENIS PENILAIAN
Penilaian Rujukan Norma (Penilaian ke atas pencapaian seseorang murid dibuat dengan merujuk kepada markat norma yang diperoleh oleh keseluruhan murid dalam kelas sebagai satu kumpulan).
Penilaian Rujukan Kriteria (Satu konsep standard pencapaian yang telah ditentukan terlebih dahulu oleh penguji yang teah menyediakan sesuatu ujian).
PRINSIP-PRINSIP ASAS DALAM PENGUJIAN DAN PENILAIAN
Mempunyai sifat kesahan (Kesahan kandungan, gagasan, ramalan, semasa
Mempunyai sifat kebolehpercayaan

No comments:

Post a Comment