Total Pageviews

Saturday, October 30, 2010

~TAJUK 8 : KAEDAH PENILAIAN BAHASA~

PENILAIAN MELALUI PROJEK
  • Projek  ialah satu aktiviti pembelajaran yang dijalankan dalam satu  tempoh masa  yang  tertentu.   
  • Ia  biasanya melibatkan  kutipan  serta  analisis  data persediaan  satu  laporan  yang  betul.  Dalam  konteks  kurikulum  sekolah, projek  bermaksud  secara  amali.    
  • Tugasan  ini  boleh  dijalankan  secara individu  atau  secara  berkumpulan  dan  dilaksanakan  dalam  satu  jangka masa yang munasabah.  
  • Penilaiannya dijalankan pada setiap tahap proses sehinggalah kepada  tahap hasil disediakan.   
TUJUAN PENILAIAN PROJEK
  • Menggalakkan pelajar bekerjasama dan memikul tanggungjawab.  
  • Memberi kebebasan pelajar untuk menunjukkan kreativiti dan inovasi.  
  • Memberi peluang pelajar menggunakan bahan sumber yang terdapat di luar bilik darjah.
CIRI-CIRI PENILAIAN PROJEK
  • Projek mempunyai pelbagai reka bentuk ( lisan, visual, kinestetik ).
  • Memerlukan jangka masa yang panjang . 
  • Menunjukkan peranan sebenar dalam situasi sebenar. 
  • Murid boleh membina penyelesaian alternatif.
  • Pelajar perlu melibatkan diri secara aktif sama ada ketika menyediakan projek atau dalam kumpulan.
  • Pelajar mengamalkan kemahiran berfikir dan menyelesaikan masalah.
 LANGKAH-LANGKAH UNTUK MENJALANKAN PROJEK
  • Langkah 1 :  Penentuan tajuk dan skop Projek.
  • Langkah 2 : Penilaian awal projek.
  • Langkah 3 :  Pelaksanaan strategi.
  • Langkah 4 : Pemprosesan Maklumat.
  • Langkah 5 : Penilaian hasil projek.

 


        No comments:

        Post a Comment