Total Pageviews

Friday, October 29, 2010

~TAJUK 7 : KAEDAH PENILAIAN BAHASA ~

PENILAIAN MELALUI KONTRAK PEMBELAJARAN
  • Penilaian  melalui  Kontrak  Pembelajaran  dikenali  juga  sebagai Perjanjian  Pembelajaran merupakan  suatu  persetujuan  atau  kontrak yang  dibuat  di  antara  guru  dengan  pelajarnya  (individu/kumpulan) berhubung  dengan  sesuatu  tugasan  secara  bertulis.   
  • Kontrak  ini biasanya  ditandatangani  apabila  kedua-dua  pihak  bersetuju  dengan kriteria atau syarat-syarat yang  telah disenaraikan.
  • Biasanya  terdapat kompromi berkenaan kriteria yang ditentukan. Kriteria ditetapkan oleh guru agar tahap pencapaian yang diharapkan tidak terjejas.   
CARA MELAKSANAKAN KONTRAK PEMBELAJARAN 
  • Pelajar menyatakan gred yang diharapkan dan sistem pengredan untuk keseluruhan proses pelaksanaan tugasan.
  • Guru menentukan sistem pengredan untuk kaedah penilaian  keseluruhan proses pelaksanaan tugasan. 
  • Gred  akhir  dibincang  dan  dipersetujui  antara  guru  dan  pelajar berdasarkan kriteria yang ditentukan.   
  • Penilaian dibuat oleh pelajar dan  rakan sebaya. Guru hanya memantau penilaian  tersebut untuk menjamin kesahan dan kebolehpercayaan.
     FUNGSI KONTRAK PEMBELAJARAN
    • pelajar mengenalpasti dan merekod.
    • menetapkan objektif dan matlamat pembelajaran kendiri.
    • mengenalpasti kaedah2 yang akan diambil untuk mencapai matlamat tersebut.
    • menetapkan jangka masa pelaksanaan untuk penghasilannya.
    • menentukan bagaimana dan pada tahap mana pencapaian matlamat pembelajaran / tugasan akan dinilai.
    • membantu pelajar membuat refleksi bukan sahaja pada akhir tugasan tetapi juga pada sepanjang proses kerjayanya iaitu dari awal hingga hasil terakhir. 
    PENILAIAN MELALUI SOAL JAWAB
    • Teknik  soal  jawab  merupakan  teknik  yang  paling  lama  dan  paling  popular digunakan dalam bidang pendidikan. 
    • Penggunaan teknik ini dalam pengajaran dan pembelajaran, Bahasa Melayu  akan  dapat    melahirkan  interaksi  antara  guru  dan  pelajar  secara berkesan. 
    • Di samping  itu,  ia dapat dijadikan  teras kepada pembinaan konsep- konsep,  kesanggupan  memberi  penyataan  dan  melahirkan  perasaan, penglibatan dan percaya diri dalam kalangan pelajar.
    CARA PERLAKSANAAN SOAL JAWAB
    • Teknik  ini dilaksanakan dengan cara guru mengemukakan soalan-soalan yang berkaitan dengan isi pelajaran dan pelajar dikehendaki memberikan tindak balas yang  sewajarnya.   
    • Biasanya,  soalan-soalan  yang  dikemukakan  memerlukan pelajar berfikir, di samping dapat menguji dan menilai apa yang diajar. 
    • Kejayaan penggunaan  teknik  ini  dalam  pengajaran dan pembelajaran  bergantung  kepada  kebolehan  guru  untuk menguasai teknik menyoal. 

    No comments:

    Post a Comment