Total Pageviews

Saturday, October 30, 2010

~TAJUK 10:PENILAIAN AKTIVITI BAHASA~

FORUM
  • Forum merupakan satu sesi perbincangan yang melibatkan beberapa ahli panel untuk mencanai fikiran dan mengemukakan pendapat tentang sesuatu tajuk, di mana ia dijalankan secara formal. 
  • Teknik berforum merupakan salah satu aktiviti lisan yang sesuai iaitu pelajar akan  berkongsi pengetahuan dan pengalaman secara langsung untuk meningkatkan  kemahiran menyampaikan idea dan fikiran dengan jelas, objektif, kreatif dan rasional. 
  • Dalam sesi forum, soalan daripada penonton boleh diajukan kepada para panel untuk mendapatkan ulasan lanjut. 
  • Pelajar diberikan tajuk yang mudah, menarik tetapi mencabar selaras dengan kemahiran, pencapaian serta peringkat umur pelajar.
DEBAT
  • Pelajar diberikan tajuk yang mudah, menarik tetapi mencabar selaras dengan kemahiran, pencapaian serta peringkat umur pelajar.
  • Ia terdiri daripada dua pihak iaitu pihak pertama merupakan pihak penyokong tajuk perdebatan manakala pihak kedua ialah pembangkang kepada tajuk tersebut. 
  • Huraian yang dilontarkan mestilah berpandukan kepada fakta serta contoh  daripada maklumat yang kukuh dan bernas.
  • Setiap pihak haruslahr yakin dan sentiasar menegakkan fakta yang diutarakan berdasarkan tajuk yang diberikan. 
  • Sekiranya fakta yang diberikan pihak penyokong tidak bernas, maka pihak  pembangkang boleh mengangkat tangan dan meminta izin laluan untuk  membetulkan fakta tadi. 
  • Setelah selesai, maka sesi pengulasan akan dibuat.
PIDATO
  • Ia mengandungi huraian isi-isi yang melibatkan fakta-fakta atau prinsip-prinsip berdasarkan tajuk yang diberikan. 
  • Interaksi satu hala di mana pemidato membentangkan hujah-hujahnya di depan penonton. 
  • Berpidato merupakan penerangan, memberi interpretasi dan menghuraikan idea-idea untuk menguatkan fakta yang diketengahkan. 
  • Ini membolehkan penyampaian isi pidato lebih kukuh kerana adanya fakta beserta contoh yang diberikan. 
  • Pidato dimulakan dengan kata2 aluan kemudian perkenalkan tajuk. 
  • Ia menitikberatkan intonasi serta gaya penyampaian yang tersendiri. 
  • Keyakinan diri iaitu kepetahan bercakap, kelancaran menggunakan bahasa, nada suara pelbagai, gaya badan dan mimik muka yang sesuai.
PANTUN
  • Satu bentuk puisi lisan yang bersifat peribumi. 
  • Rangkap-rangkap yang mudah dan ringkas yang terdiri daripada pembayang dan maksud. 
  • Ia menitikberatkan gaya penyampaian dan alunan bacaan pantun tersebut. 
  • Kesinambungan bunyi di hujung setiap baris. 
  • Ia terdiri daripada penjual pantun dan pembeli pantun. 
  • Gaya bahasa yang berbunga-bunga dan keindahan persekitaran turut diselitkan.
SAJAK
  • Satu bentuk puisi lisan moden. 
  • Ia berbentuk bebas iaitu rangkap dan temanya tidak terikat. 
  • Ia menitikberatkan intonasi dalam mendeklamasikan sajak. 
  • Gaya bahasa yang pelbagai dan bercampur-campur.
  • Penggunaan kata dan ungkapan saling berkait dan terjalin erat berdasarkan makna dan irama.
CERAMAH
  • Ceramah merupakan pengemukaan fikiran / idea-idea melalui perucapan dan disampaikan secara syarahan dua hala. 
  • Penceramah akan memberikan penerangan sehingga selesai informasi atau maklumat yang disampaikan.
SYARAHAN
  • Aktiviti jenis ini berformat khusus iaitu kata-kata aluan /pendahuluan, kata-kata penghadapan , isi dan penutup. 
  • Penerangan dan penjelasan tentang tajuk syarahan perlu disampaikan secara teratur, mantap dan berkesan. 
  • Isi-isi syarahan perlu berdasarkan fakta-fakta yang tepat beserta contoh-contoh yang relevan. 
  • Isi-isi utama pula perlu disokong dengan isi-isi sampingan. 
  • Penggunaan tatabahasa yang betul serta gaya penyampaian yang penuh dengan keyakinan.

No comments:

Post a Comment