JENIS -JENIS UJIAN
1. Ujian Objektif2. Ujian Subjektif
UJIAN OBJEKTIF
Item ujian jenis objektif ini memerlukan pelajar menulis atau memilih satu jawapan yang betul atau yang paling baik. Antara item ujian ini termasuklah item jawapan pendek, item jenis padanan, item jenis aneka pilihan dan kloz.
Item respons bebas.
Item jenis respon bebas memerlukan calon meneliti soalan dan menuliskan sendiri jawapan sendiri. Biasanya jawapan yang ditulis pada hujung soalan. Terdapat juga soalan yang berbentuk melengkapkan penyataan.Item respons tetap.
Item respon tetap memerlukan pelajar memikirkan jawapan yang paling betul atau paling tepat. Jawapan dipilih daripada dua atau lebih pilihan.
Jenis soalan respons tetap :
1. Format Salah Betul:
Soalan jenis ini mengandungi penyataan yang perlu ditandakan dua pilihan sahaja iaitu betul (B) atau salah (S), setuju (S) atau tidak setuju (TS), dan ya (Y) atau tidak (T).
2. Padanan :
Soalan jenis ini memerlukan pelajar memilih jawapan dengan memadankan objek atau perkara yang berkaitan di sebelah kiri atau di sebelah kanan. Bilangan padanan tidak perlu terlalu banyak bagi mengelakkan kekeliruan semasa menjawab. Ayat yang digunakan juga tidak perlu terlalu panjang.
3. Aneka Pilihan :
Aneka pilihan tergolong dalam item tetap kerana item jenis ini diberikan tindak balas tetap.
Jenis item aneka pilihan;
- Berbentuk soalan
- Pokok soalan berbentuk ayat tidak lengkap
- Analogi
- Antonim
- Jenis negatif
- Mengisi tempat kosong
- Jenis campuran
- Teknik kloz
- Mengelaskan
KELEBIHAN SOALAN OBJEKTIF
- Mudah disemak
- Mempunyai ciri kebolehpercayaan (pengurusan masa pelaksanaan)
- Menguji banyak topik
- Mempunyai nilai potensi diagnostik (mengesan pencapaian murid)
- Mengukur proses mental yang tinggi
KELEMAHAN SOALAN OBJEKTIF
- Murid tidak dapat mengeluarkan idea.
- Potensi untuk meneka jawapan tinggi
- Sukar untuk dibina
- Tidak dapat mengetahui tahap penguasaan murid dalam pelajaran
- Calon bijak tidak perlu belajar banyak
- Tidak dapat mengukur keaslian
UJIAN SUBJEKTIF
Soalan subjektif merupakan satu bentuk penyataan yang berbentuk pertanyaan untuk menguji pengetahuan, pengalaman, kemahiran serta tahap kebolehan kognitif calon melalui respon secara tulisan.Terdapat 2 jenis soalan subjektif :
- Tindak balas terhad (struktur – jwpn : 1 frasa, 1 ayat, 1 pernyataan)
- Tindak balas lanjutan (esei).
KELEBIHAN SOALAN SUBJEKTIF
- Mudah digubal
- Sesuai untuk semua mata pelajaran
- Sesuai untuk semua aras taksonomi
- Membuatkan calon menganalisis, mengintegrasikan idea yang siperoleh.
- Mengurangkan konsep meneka.
- Berguna untuk mengesan punca kelemahan, salah tafsiran, konsep-konsep yang samar-samar.
- Murid boleh mengelolakan pengetahuan mengemukakan pendapat dan sikap, dan boleh membuktikan inisiatif daya cipta atau keaslian.
KELEMAHAN SOALAN SUBJEKTIF
- Bidang yang diuji terhad
- Soalan boleh diramal
- Mengukur pengetahuan dalam satu bidang sahaja.
- Proses memeriksa lama dan memerlukan tenaga yang banyak.
No comments:
Post a Comment