Total Pageviews

Tuesday, October 26, 2010

~TAJUK 2: TAKSONOMI DAN DOMAIN~

DEFINISI TAKSONOMI
Menurut Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka, taksonomi ialah kajian tentang prinsip, peraturan dan amalan dalam pengelasan organisma berdasarkan persamaan dan perbezaan sifat organisma itu.
Dalam bidang pendidikan, taksonomi ialah satu model yang biasa digunakan untuk menganalisa bidang-bidang pendidikan.

TAKSONOMI BLOOM
Diasaskan oleh Benjamin Samuel Bloom dan taksonomi ini lebih menitikberatkan aspek kognitif serta pengetahuan.
Terbahagi kepada 6 tahap iaitu:
a) Pengetahuan :
    Tujuan : Mengingat semula pelajaran yang lepas.
    Contoh Kata Kerja : Labelkan, senaraikan, nyatakan, terangkan dan sebagainya.
b) Kefahaman :
    Tujuan : Memahami / menterjemah sesuatu bahan.
    Contoh Kata Kerja : Terangkan, jelaskan, pilih, tulis semula dan sebagainya.
c) Aplikasi :
    Tujuan : Menggunakan pengetahuan (abstrak) untuk menyelesaikan masalah yang    maujud (konkrit).
    Contoh Kata Kerja : Selesaikan, binakan, tunjukkan dan sebagainya.
d) Analisis :
    Tujuan : Menaakul sebab dan akibat.
    Contoh Kata Kerja : Tafsirkan, bezakan, klasifikasikan dan sebagainya.
e) Sintesis :
    Tujuan : Membentuk sesuatu yang baharu.
    Contoh Kata Kerja : Gabungkan, kumpulkan dan sebagainya.
f) Penilaian :
   Tujuan : Membuat penilaian dan pertimbangan berdasarkan sesuatu kriteria tertentu.
   Contoh Kata Kerja : Pilih, berikan alasan dan sebagainya.

DOMAIN DAVID KRATHWOHL
Diasaskan oleh, David R. Krathwohl
Merupakan bidang berhubung dengan perasaan, emosi dan sikap.
Guru harus berkebolehan menggunakan unsur afektif untuk mewujudkan satu suasana pembelajaran yang baik.
Pembelajaran dapat dijalankan dengan berkesan dengan adanya murid yang dapat membentuk sikap positif.
Terdapat 5 peringkat bagi domain ini :
1. Penerimaan (keinginan dan kesanggupan untuk menerima).
2. Bertindak balas (kesanggupan bertindakbalas terhadap rangsangan).
3. Menilai (kebolehan membuat penilaian dan memberi penghargaan).
4. Organisasi (membentuk sesuatu sistem nilai).
5. Perwatakan (perubahan tingkahlaku positif).
 

No comments:

Post a Comment