Total Pageviews

Friday, October 29, 2010

~TAJUK 5 : JENIS PENILAIAN BAHASA ~

UJIAN KEFASIHAN
  • Ujian ini menilai kebolehan umum seseorang terhadap bahasa yang dipelajarinya.
  • Biasanya ujian ini digunakan untuk menempatkan seseorang dalam kumpulan pembelajaran yang sesuai dengan pengetahuan dan kebolehan murid.
  • Ia dinilai dari segi :
    ~ Penyebutan dan pengucapan dengan betul dan jelas.
    ~ Intonasi dan nada yang betul.
    ~ Pemilihan ungkapan yang betul.
    ~ Mimik muka yang jelas sesuai untuk membayangkan sesuatu maksud dengan jelas.
    ~ Posisi tubuh yang betul.
    ~ Pergerakan mata (mata pembaca yang lemah akan berhenti untuk menyerap perkataan).
UJIAN KEMAJUAN
  • Setiap ujian kemajuan yang digunakan dalam bilik darjah adalah khusus bagi sesuatu darjah dan hanya sesuai dinilai oleh guru kelas sahaja.
  • Ia juga hendaklah berasaskan kepada objektif pengajaran, program pembelajaran yang telah diikuti oleh murid dan pengetahuan yang ingin diuji.
  • Ia bertujuan untuk mengukur dan menilai setakat mana murid-murid yang telah menguasai bahan atau perkara-perkara yang telah diajar tentang satu-satu tajuk tertentu.
  • Hasil daripada kemajuan membolehkan guru mengetahui dengan lebih jelas tentang kemajuan setiap murid dan juga kemajuan darjahnya secara keseluruhan. 
UJIAN BAKAT  
  • Ujian bakat biasanya melibatkan data-data bahasa yang mengandungi unsur-unsur bahasa seperti fonetik,tatabahasa dan kosa kata. 
  • Melalui ujian ini murid-murid akan melakukan berbagai-bagai aktiviti bahasa seperti meniru penyebutan bunyi-bunyi, mengubah bentuk, atau struktur sesuatu bahasa, menentukan makna berdasarkan konteks dan sebagainya. 
  • Setelah hasil ujian dianalisis guru dapat mengenal pasti murid-murid yang berbakat dan berpotensi untuk mempelajari sesuatu bahasa dengan cepat.     
UJIAN PENCAPAIAN  
  • Ujian ini boleh dijalankan pada akhir kursus atau setelah tamatnya sesuatu unit pembelajaran.
  • Sejauh mana sesuatu kemahiran itu dikuasai dalam satu jangkamasa yang ditetapkan boleh ditentukan melalui dua set ujian yang berlainan. 
  • Ujian ini dinamakan ujian pra dan ujian pos. 
  • Ia juga merupakan peperiksaan untuk menentukan penempatan jenis sekolah dan jurusan pelajar.
  • Pembentukan ujian ini adalah berasaskan sukatan pelajaran.

No comments:

Post a Comment