Total Pageviews

Friday, October 29, 2010

~TAJUK 3 : JADUAL SPESIFIKASI UJIAN~

DEFINISI JADUAL SPESIFIKASI UJIAN (JSU)
Jadual yangg menggambarkan ciri sesuatu ujian dari segi kandungan iaitu konstruk yang ditaksirkan, pemberatan tiap-tiap kontruk, konteks, pemberatan tiap konteks, dan pemberatan taburan aras kesukaran.


CIRI-CIRI JADUAL SPESIFIKASI UJIAN (JSU)
  • Merupakan matrik yang terdiri daripada 2 paksi iaitu paksi melintang – aras kemahiran dan menegak – kandungan.
  • Bilangan item dinyatakan dalam JSU mengikut aras kemahiran yang ditetapkan.
  • Mengandungi aras yang mengikut aras taksonomi.
  • Kandungan aras kemahiran mengikut lama masa mengajar dan kepentingan kemahiran.
  • Kepayahan item dalam lingkungan 20% - 80%.
  • Bentuk ujian sama ada berbentuk objektif, esei, amali, kertas khusus dan lain-lain.
  • Kandungan ujian berupa topik-topik pelajaran. 
KEPENTINGAN JADUAL SPESIFIKASI UJIAN (JSU)
  • Mengelakkan daripada membina ujian secara sembarangan.
  • Menjamin kesahan isi kandungan sesuatu ujian.
  • Menimbulkan rasa kepentingan topik-topik dan aras-aras kemahiran.
  • Menentukan perimbangan antara topik-topik dengan aras-aras kemahiran yang diuji.
  • kertas ujian dapat digubal secara sistematik
  • kesahan dari segi persampelan sukatan pelajaran adalah terjamin;
  • Memberi panduan untuk membentuk format ujian.
  • Memberi panduan untuk membentuk soalan.
  • Menstabilkan taraf serta aras kesukaran ujian dari tahun ke tahun.
PANDUAN UNTUK MEMBINA JADUAL SPESIFIKASI UJIAN (JSU) 
  • Langkah 1
    Senaraikan tajuk-tajuk yang hendak diuji.
  • Langkah 2
    Tentukan soalan yang hendak dibina.
    a.Soalan objektif (30 soalan)
    b.1 markah bagi satu soalan
    c.Jumlah soalan bagi setiap topik dikira
  • Langkah 3
    Tentukan model aras kesukaran (mudah – sukar).
  • Langkah 4
    Menentukan jenis soalan yg hendak diuji (objektif, struktur, esei, dan lain-lain)
  • Langkah 5
    1.Tentukan soalan bagi setiap komponen.
    2.Penentuan aras kesukaran (mudah kepada sukar)
    3.Pemarkahan.
  • Langkah 6
    1.Tentukan mata pelajaran.
    2.Tahun / tingkatan
    3.Susunan nombor mengikut tajuk.

No comments:

Post a Comment