Total Pageviews

Friday, October 29, 2010

~TAJUK 6 : KAEDAH PENILAIAN BAHASA ~

PENILAIAN MELALUI PORTFOLIO
  • Portfolio  ialah  satu  kaedah  yang  digunakan  oleh  guru  untuk mengumpul  dan merekod  bukti  pencapaian  pelajar  dalam  satu  jangka masa  yang  dipersetujui bersama.  
  • Terdapat  beberapa  jenis  portfolio  untuk  tujuan  dan  konteks pembelajaran yang berbeza.   Selain portfolio,  rekod anekdot dan  lain-lain bukti pembelajaran  yang  lain  boleh  digunakan  untuk menghasilkan  penilaian  yang menyeluruh.  
  • Portfolio berbentuk dokumentasi yang berstruktur. Ia memerlukan perancangan, pelaksanaan dan penilaian yang  teliti.  
  •  Proses pembelajaran dijalankan secara kolaboratif  untuk  mencapai  kefahaman  dan  mendokumentasikan  pemikiran secara kritis dan kreatif serta pemilihan maklumat dan fakta dari peringkat awal hingga ke akhir.  
TUJUAN PORTFOLIO
  • Memberi peluang pelajar mendokumentasi  kemahiran dan pengetahuan yang diperoleh melalui pengalaman sewaktu menyempurnakan tugasan. 
  • Menggalakkan pelajar menyemak dan menganalisis pembelajaran mereka secara sistematik.
  •  Menyediakan  ruang pelajar membuat  refleksi dan menentukan matlamat peribadi.
CIRI -CIRI PORTFOLIO

  • Menggambarkan  sejelas-jelasnya  aktiviti  pelajar  iaitu  rasional,  matlamat, halatuju, prosedur kerja, pengalaman dan harapan. 
  • Sesuatu yang dilaksanakan oleh pelajar secara auntentik. Ini adalah kaedah konkrit  untuk  pelajar  menghasilkan  kerja  melalui  pengalaman  sendiri  ketika melakukan kerja-kerja amali atau kerja-kerja lapangan.   
  • Menunjukkan  perlakuan  pelajar  yang  dibimbing  oleh  guru  seperti  ulasan, komen, dan cadangan harus direkod untuk menghadapi dan mengatasi sesuatu tugasan pembelajaran. 
  • Membuat  catatan  pembimbing  yang  membantu  pelajar  merenung  dan membuat refleksi tentang kerja yang dibuat untuk menentukan tindakan susulan. 
  •  Kriteria penilaian yang dipilih diterangkan dan dipersetujui bersama dengan pelajar  sebagai  penggalak  kepada  pelajar  untuk mengambil  bahagian  secara aktif.
 JENIS - JENIS PORTFOLIO
  • Portfolio kerja harian
  • Portfolio hasil terbaik
  • Portfolio Dokumen
MENILAI PORTFOLIO
  • Berdasarkan  konsep perkembangan pembelajaran  yang berterusan dan berfokuskan  kepada  perkembangan  pelajar  dalam  aspek  kemahiran- kemahiran, pengetahuan dan kefahaman.
  • Menggunakan  peta  perkembangan  pembelajaran  pelajar  yang memberi gambaran perkembangan yang lebih menyeluruh dari awal hingga akhir. 
  • Menggunakan inferens dengan rekod menimbang pelbagai bukti seperti hasil pemerhatian,  jurnal  dan  rekod  anekdot  sebelum  membuat  anggaran seimbang (on-balance) tentang tahap pencapaian pelajar.
  • Membuat  laporan  samada  secara  huraian  atau  grafik  untuk  memberI matlamat  yang  lebih  lengkap  dari  markah  mentah  ujian  yang  hanya membandingkan seorang pelajar dengan pelajar lain sahaja.
ASPEK PENTING YANG PERLU ADA DALAM SEBUAH PORTFOLIO
  • Senarai semak yang disediakan oleh guru 
  • Nota-nota yang disediakan oleh guru 
  • Catatan jurnal.
  • Buku log
  • Refleksi kendiri
  • Gambar dan foto
PENILAIAN MELALUI PEMERHATIAN
  • Penilaian melalui kaedah ini dilakukan secara berterusan mengikut jangka waktu yang  ditentukan  bagi  membantu  guru  mendapat  maklum  balas  tentang keberkesanan  pengajaran dan pembelajaran. 
  •  Aspek  yang  diperhatikan  menyeluruh  meliputi  aspek kognitif,afektif  dan  psikomotor  yang  melibatkan  juga  faktor-faktor  bahan  dan persekitaran.  
JENIS PEMERHATIAN
  • Memerhati sesuatu tanpa membuat tafsiran dan tanggapan.  
  • Memerhati apa yang telah dirancang secara  open ended'. 
  • Memerhati untuk jangka pendek dan jangka panjang.
FUNGSI PEMERHATIAN
  • Melihat  perkembangan  individu  atau  kumpulan  dalam  sesuatu  proses pembelajaran. 
  • Dilakukan oleh pelajar untuk melihat tahap pencapaian sendiri atau rakan sebaya dalam sesuatu pembelajaran.  
  • Dilaksanakan  oleh  pelajar  untuk  menjalankan  sesuatu  tugasan  seperti projek.  

              No comments:

              Post a Comment